Want your
own Fotopage?







 
***~~~Annoy's Pukul Gambar~~~***

By: annoy zach

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Dec-2007 01:55 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Manusia

Jom ke ILP Kuala Langat
entrance kejohanan
lapar nak tunggu game sebat jer roti
View all 19 photos...
Pada 14-16 Disember 2007 berlangsung Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Manusia + Family Day KSM. Agak kelam kabut rasanya bila dua acara disekalikan. Walaupun kami boleh involve dgn Family Day tumpuan lebih untuk menyertai sukan. Ku seorang sahaja wakil badminton yg terpilih dari ILPKL. Kawan2 lain ke Bola Tampar, Dart, Bola Jaring etc.Tapi x syok gak...mcm terpinggir jer. Dahler bebudak pempuan team aku tu mcm kerek jer..terrorrr sgt ker main. especially single STAR tu...aku ingat terorr sgt. Ada plak backhand 360 darjah. Dia belajar mana tu.

Perlawanan kalah mati diantara Zon Tengah v/s Zon Utara pada sebelah petang. Walaupun team ku menang tapi aku kalah dlm mix doubles. Naper lah lembik sgt partner aku tu, dah lerr aku kena libas jer, pastu ajar aku ajaran sesat dlm mix doubles. Tolonglah....May be gak aku manja sgt ngan cikgu, so dah biasa pempuan jaga depan. Ni dia nak buat game tu mcm bergu wanita lak. Dia pun tak pandai cover aku. Sebelah malam, sib baik lah derang tukar aku main women doubles. Aku pun tak hinggginn main ngan mamat tu. (sombong sombong sombong mcm lah aku ni bagusss sgt , tapi kalau aku kalah pun biarlah kalah bermaruah sketttt). Walaupun aku tau Ida budak JPP tu kurenngggg sket permainan aku rasa aku leh buat kot. Dia pun banyak membantu walaupun kat luar org panggil dia TUGU. Sengit sgt2 sebab game kami tu penentu pingat emas menentang Zon Selatan. Jadi tumpuan semua org keliling di gelanggang + psiko penonton giler babat. Alhamdulillah menang walau dua2 game tu pergi duce. 21-20 , 22-21. Terima kasih pada cikgu yg banyak tunjuk ajar dan bagi pinjam raket, to all friends in ILPKL team who supported me so much that night. Luv u olsss.

Tapi esoknya x syiokk gak, pemberian pingat tak dapat diberi pada kami sbb tak cukup. Iskkkk ntah hape2 wat sukan tapi tak diurusetia dengan bijak. Kalau org kata aku pentingkan diri nak tuntut pingat...akan tetap ku tuntut. Penattt woooo main.



Di harap KSM pada kejohanan akan dtg lebih telus dalam memilih pemain. Janganlah sbb awak pengurus dari Jabatan tertentu maka sesetengah pemain yg dipilih sbb dia dari jabatan anda bak kata cik Junaidi "pegang raket pun dah tau sape boleh main atau tidak" Tak kata org ILPKL bagus tapi selection tu bagilah adil dan telus.

Care to comment?


Friday, 14-Dec-2007 05:41 Email | Share | | Bookmark
Co-Insident Font

 


Jumpa kat Mines...sila buat tempahan nama mengikut font yg anda minati

Care to comment?


Monday, 10-Dec-2007 11:05 Email | Share | | Bookmark
Syorga Donia @ Cosmo World

monorail coming to times square
ina's entered the world
the brochure
View all 11 photos...
Ina yg nak sgt pergi Cosmo World @ Berjaya Times Square. So timbang tara dengan Sunway...y not give us a chance to the new world. Dengan menggunakan segala kupon harijadi ku dan habsah, tajaan Jusco maka di CosmoWorld dpt diskaun 20%. Sayangnya kuponku dan2 tu plak ilang. Frust kalu tak, dpt lagi murah.

First game DizzyEzzy, naik dengan Ina aku menjerit, menangis dan meraung nak turun. Akhirnya ku pejam mata. Apsal camni..syorga kaa neraka??? So mcm serik lah tak mau aku main sumer permainan. Tapi aku bodohlah sbb dah bayar nearest RM30 tapi tak mo main. Cessss kena amik risiko gak. Life is full of risk.

Di Coort's Express ku & Zaza + B & Ina. Ayu control ayu ..so duduk luar jaga barang dan amik gambar we all. This time no more fear...siap gelak2 kuat, jerit giler2 kasi lepas tensi. Sebut nama2 sesapa yg patut. Boleh gitu?? Tapi masa turun sakit badan pasal bagi tekanan on ur arms. Adalah gambar yg disnap oleh Cosmo tapi rega RM13...oh lupakan saja. Then go to SpinningOrbit....besttt giler...terapung diawangan, seriau lah jugak tp kena relax & cool then only u can enjoy it. Mcm naik buaian tinggi. B kat sebelah dah sendu sampai tutup mata. "Nak turun Kak Nor..nak turun" . Kesiannya dia. Baru teringat dia gayat. So satu2nya permainan yg adventure di join oleh Ayu only The Robot Crash. Sbb tu permainan keta langgar so ramai giler beratur. Sampai 3 trip baru dapat. Pastu kejap jer...arghhhh.

Terjadi insiden hebat...hpone Ina tinggal kat keta tu..dah jadi mcm kes wat police report kat Balai Polis Brieckfields. Punyalah lama nak tunggu supervisor dia verified jer. At least, bagus gak camni...staff2 tak leh sebat barang yg tinggal. Pergi Kids Section pegi main sumer game budak2. Mana yg leh muat ler...nostagia 20 years back. Lepas maghrib, cuba lagi sekali main Dizzy Ezzy so kali ni really enjoy it..no more fear. Last sekali bagi melengkapkan perjalanan Roaller Coaster. B & Ayu dah perli2 Good Luck gitu . Very rude Neway settle in 2 minutes. Amazing & Sensational.

Dengan perut yg lapar kami gerak ke Kenny Roger Roaster. Dengan kupon Beday sekali lagi kami dpt less. Bestnya...puashati sgt kupon2 Jusco tu boleh dimanfaatkan. Time balik adalah insiden but not nice to story here. Later.........sweet Sagittariusss






Care to comment?


Thursday, 29-Nov-2007 10:04 Email | Share | | Bookmark
My-X Housemate's Wedding

linda posing & disetting mak andam
persis mutiara
wanita ini
View all 19 photos...
Majlis Walimatulurus Haslinda bt Ahmad a.k.a my lovely x-osmate ini berlangsung pada 24 November 2007. Namun kami telah berada sehari sebelumnya. Kami menginap di De Rhu...sampai pun dah maghrib. Lepas Isyak baru kami sampai rumah pengantin dan Linda sedang 'bersalin'. 4 persalinan semuanya. Yg syoknya lepas dia abis bersalin kami pun join gak. Malam tu makan masakan kampung paling best sambal jering.

Pagi esoknya after bfast & check out kami ke Masjid Balok untuk menemani Linda di Majlis AkadNikah. Alhamdulillah semuanya lancar dengan sekali lafaz dari Amri. Sah lah menjadi Pn Haslinda. Selepas Zohor mempelai diarak dan bersanding. Tapi tak banyak picca lah waktu sanding psl bateri kamera dah kong. Newey....Selamat Penganti Baru Linda & Amri. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah. Tahniah!!!



Quote:
Bertakhta Di Hati

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

>> tahniah kepada pasangan raja sehari... Fri 30-Nov-2007 09:29
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Entryku hari ini

Kecil besar tinggi dan rendah
Ramai-ramai pulang ke kampung
Ditepi gunung berdiri indah
Menggamit ramai datang berkunjung
Fri 30-Nov-2007 10:36
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Monday, 26-Nov-2007 09:46 Email | Share | | Bookmark
Hai Peng Kopitiam

Hai Peng Menu
bun dia cuma 70 sen jer sebijik
Kopi dia kawww!!!
View all 9 photos...
Selepas menghadiri majlis Linda di Balok, apalah kena agaknya osmate2 aku tu mengidam sata. Bila frust sata tepi jalan kat Balok tu abis pusing balik, ku ingat main2 rupanya betul2 nak ke Kuala Kemaman mencari sata. Kami tak makan gerai yg sama, tapi kali ni sata dia lagi best siap dengan cili api. Sampai osmate ku yg sorang terus belanja sampai 2 cucuk sata. Alang2 ke Kemaman apalagi kami ni penagih kopitiam tegar... ambil kesempatan mencari kopi Hai Peng yg popular tu. Pergh bestttt!!! No wonder lah betullah ckp forumer2 di Cari. Harga dah tentu consider murah, piawww dan selamba jer waiter dia tak payah tulis2 amik order. Sib baiklah jauh kalau tak mau kami ni selalu datang. - Gambar2 ni sumer hanya guna Nokia N70. Olympus out of batery.


Care to comment?


Friday, 16-Nov-2007 09:55 Email | Share | | Bookmark
The Making of Multimedia Pizza

all the ingredients
fadzli ali menguli
tambah sedikit Olive Oil
View all 12 photos...
Kami gunakan waktu opis untuk bakar pizza. Hari Jumaat tak ada kerja so satu hari dok makan pizza. Kami tong2 dan Hilmi uruskan pembelian dan of course menggunakan TupperChef Fryer with Glass Cover. Lee tukang uli, all girlz bantu2 jer. Me tukang tulis resipi dan picca by Nokia70 jek. Ni resipi yg tersalin:

1 kilo tepung tu boleh buat 2 adunan.
so for 1 ADUNAN:

1. 1/2 kilo tepung.
2. 1 paket mauripan 11 gram
3. Garam (secukup rasa lerr) + Softener (ni kalau tanya kedai cina kg tak ada so belilah
kata Jusco) + air suam

1-3 ---> ULI - Digaul sekali sedikit demi sedikit. Tambah sket ngan Olive oil kalau nak senang uli. Usai, biarkan adunan yg telah siap selama sejam. Bior dia naik dan kembang.

TOPPINGS
1. Lada Benggala @ Capsicum dihiris halus (hilmi tak beli kaler hijau guna merah jer
jerrr).
2. Button Mushroom
3. Nenas manis dalam tin tu.
4. Sosej di potong bulat2.
5. Bawang besar di potong dadu (seeloknya pakailah bawang Holland, kalau bawang
Melayu mendesah kat hidung bila makan)
6. Tuna Chunk Ayam Brand (130g X 2) - sesuai utk 1 kg tepung --- hancurkan dia.
7.Prego Fresh Mushroom (Paste Sauce)...ekceli guna tomato puri pun tak per. We all ni
branded sket.

DOH
1. Canai doh dan masukkan ke dalam TupperChef.
2. Masukkan dan rata2kan Prego ke atas doh.
(sesambil tu sorang g lah panaskan TupperChef pada api paling kecil dengan sedikit Olive Oil. Ratakan)

3. Masukkan tuna bagi rata dan taburkan bahan2 perasa lain (sosej, cendawan, nanas, bawang, lada dan paling penting cheese Mozarella. Lagi banyak lagi best.
4. Masak dlm api paling perlahan. After 15 minutes angkatlah.



So, that day kami dpt buat 5 kali pizza everyone's had a chance to go through. Bestttt!!!

p/s : sesapa yg berminat nak beli TupperChef ni bg tau lah ya

Care to comment?


Saturday, 10-Nov-2007 08:53 Email | Share | | Bookmark
Jamuan Raya ILPKL 2007

Staff Bujang dan Bujang 3 ILPKL
Leley dan Fadzley
meriah sokmo lah
View all 13 photos...
Dilangsungkan pada 26 Oktober 2007 dan seperti biasa di Dewan ILPKL. Tahun ke 5 nampaknya dan aku masih disini. Menu - Satay 4000 cucuk, Laksa, Kambing Panggang 3 ekor, Lontong, Lemang dan Rendang, Salad etc.

Meriahnya!
Lama tak ke fp ni. Bila nak outing gi menembak?
Tue 20-Nov-2007 07:59
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
alaaa abg meor ckp jer...ajaklah betul2 ni ajak2 ayam Tue 11-Dec-2007 04:37
Posted by:zarea106 zarea106@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 31-Oct-2007 09:13 Email | Share | | Bookmark
Open House Rumah Bujang Kami

KAMI sebelum kedatangan tetamu
Nasi Impit, Kuah Kacang, Spaghetti, Bihun, Rendang Ayam
Kek, Puding Karamel, Keropok & Agar2
View all 24 photos...
Kami tak rancang pun nak buat open house besar-besaran, sekadarnya saja. Tapi alhamdulillah ramai juga kawan-kawan yg dijemput sudi hadir. Maklumlah kami ni tak berpengalaman langsung meng'handle'' ala2 Open House ni. Di hati tu bimbang jer cukup ke tak cukup dengan makanan yg disediakan nanti. Menu pun biasa-biasa jer yg termampu lah dengan baget we all -- Nasi Impit, Rendang Ayam Pencen, Kuah Kacang, Spaghetti, Bihun (kontrak pindah tangan sebab kontraktor asal tu tak pat hadir ), Agar-agar Sirap dan Nescafe, Puding Mangga, Puding Karamel, Sunquick dan Koktel. Thank U pada yg sudi hadir minta maaf jika ada kekurangan. Selamat Hari Raya


mana g nyer kontraktor u tu....tetapi open house still meriah...
ramai tetamu!!!!ada yang siap baring lagik....
kenyang ker atau nunggu q....
Sat 10-Nov-2007 08:55
Posted by:bee suriatiey04@yahoo.com
kontraktor i dpt tender lagi baikkk kot....geram betul tapi sibbaik laa ada plan B, C etc Sat 10-Nov-2007 09:12
Posted by:zarea106 zarea106@yahoo.com
Add comment


Monday, 29-Oct-2007 01:24 Email | Share | | Bookmark
Pot Luck Hari Raya

Azlina - Rendang Ayam
Hada - Ketupat Palas & Air Tembikai
Hilmi - Laksa Johor
View all 8 photos...
Rasanya 70% fp ku ni, penuh dengan gambar2 gathering makan2. Rezeki ada kongsi bersama. Tiba-tiba minggu tu kami nak buat makan2 so ideanya buat Pot Luck. Makanya Jumaat 26-10-07 masing-masing bawa hidangan ke office sempena hari raya. Bukan apa makan sama2 jer. Gambar yg tiada adalah pot luck dari Lee sbb dia sendiri terlupa nak amik Bihun Sup Segamat.
Anyway sumer makanan best2 belaka. Sumer chef2 kehormat.

Care to comment?


Sunday, 7-Oct-2007 04:48 Email | Share | | Bookmark
GATHERING BUKA PUASA @ TIMES SQUARE

promosi Kenny Rogers
zaza, lee dan sazurani
yg baju biru tu apsal manja sgt
View all 12 photos...
Plan kali kedua. Berkobar2 nak makan Chicken Hertz mcm last year. Sampai awal gak...tapi fully booked. Walhal baru kul 6. Akhirnya, ku & Ina mengagau mencari tpt buka puasa untuk kawan2 lain yg On The Way dalam train. Jalan punya jalan, (tak kira ku pentingkan diri nak western jugak), ku suggest Kenny Rogers lebih mudah. Alhamdulillah yg lain pun setuju. So kami dapat jugak gathering Open Puasa gang2 bujang ILPKL untuk tahun 2007.


Cantik-2 gambar


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Thu 25-Oct-2007 09:08
Posted by:shukri sfawani sfawani@hotmail.com
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.