Want your
own Fotopage?







 
***~~~Annoy's Pukul Gambar~~~***

By: annoy zach

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Sep-2007 03:19 Email | Share | | Bookmark
Beday Osmate Leiley n Zaza

sempena pesta tanglung
best bangat kek nya
Zaza N Leiley
View all 10 photos...
Semalam, kami celebrate beday Leiley dan Zaza yg ke awal 20 an...memasing muda rumaja lagi. Oleh kerana bulan Ramadhan, kami just g kopitiam Oldtown White Coffee kat Kuchai sejurus lepas terawikh. Simple but so meaningful.

Kek tu amat menyelerakan..
Hikss.. walaupun comel.. tapi hmm amat memanggil.. hikss

Kalau free jemput datang ke http://onfarisha.fotopages.com
Wed 26-Sep-2007 05:35
Posted by:OnFarisha onfarisha@yahoo.com  - [Link]
epy bidday... yeyyyy!!

http://www.seripengantin.com
Wed 26-Sep-2007 09:20
Posted by:flowergirl
Add comment


Saturday, 15-Sep-2007 00:24 Email | Share | | Bookmark
In House Training

mendrill..sorang je buat yg lain tengok..heheheehe
tools
en ismail jmti memotong trunking
View all 17 photos...
Sebahagian gambar2 ketika membuat kerja2 networking In House Training kami yg berlangsung hanya di ILPKL. Ini gambar2 minggu terakhir bagi kursus yg memakan masa selama 10 minggu. 2 hari terakhir dah masuk bulan puasa.

Care to comment?


Tuesday, 28-Aug-2007 11:03 Email | Share | | Bookmark
Kem Impian Rimba

 
Student Sem 2 + Sem 3
merentas lecak, semak samun..indah kabo dari ghuper...
View all 12 photos...
Pada 25 Ogos 2007 Kelab Inovasi ILPKL telah mengadakan camping di Kem Impian Rimba, Sg Tekala. Dlm banyak-banyak aktiviti di ILPKL yg ku dah join this one is the worst. Bukanlah nak ckp..tapi management dia...pergh...kedekut dan tak mesra alam. Dah lah tempat tak best, aktiviti dia pun hampeh. Hanya harap student enjoy ....sian derang...

Care to comment?


Monday, 13-Aug-2007 04:55 Email | Share | | Bookmark
Farewell Nurul

Etty, Nurul, Majid n N
fadzliali gedik n sepul
passing da pizzas
View all 12 photos...
Majlis meraikan Pn Nurul Hidayah yg bakal berangkat meninggalkan ILPKL ke ILP Bkt Katil untuk terus hidup aman damai bersama suami dan anak tercinta. Alhamdulillah setelah berjuang sekian lama dapat juga Nurul memindahkan dirinya. Tahniah dan semoga terus berjaya di tempat baru dan berkhabar2 lah dengan orang disini. Maaf Zahir Batin.

Care to comment?


Friday, 29-Jun-2007 02:06 Email | Share | | Bookmark
Family Day 07 @ De Rhu Beach Resort

Dinner yg grand sampai ujan lebat bila mat ju sumbang suara
BAYUNOR
my Grand Prize....88 Lucky Number
View all 15 photos...
Family Day 2007 ILPKL kali ini diadakan di De Rhu, Pantai Balok, Kuantan.
Kami satu rumah bertolak jam 815 sampai kurang lebih jam 1230 tghari.
Ku tak dapat join game2 yg diadakan kerana sakit perut yg amat. Sedihnya...sakit tu...
Alhamdulillah malam....malam yang luck...sbb dapat Grand Prize cabutan bertuah. Tension betul tunggu nombor naik....alhamdulillah penantian satu penyeksaan itu menghadirkan sesuatu yg very the grand...



all the girlzzz bujang-bujangan

Care to comment?


Sunday, 20-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Entry Ranau - Sandakan - Semporna - Tawau - (Patah Balik)

nampak biasa jer Pasar Sim Sim ni tapi....
best bangatt
Bandar Sandakan
View all 16 photos...





Kumpulan terakhir selamat turun ke dari Laban Rata ke Timpohon sekitar jam 5. Dengan keperitan yang amat akhirnya aku sampai jua. Kaki sakit tau nak habaq lagu mana dah. Gerak ke Air Panas Poring. Ku berendam di sana. Selepas Maghrib mulakan perjalanan ke ILP Sandakan. Sampai sekitar 1 pagi. Sampai di Rumah Tamu ILP Sandakan terus pengsan. Pagi esoknya 11 Mei, kami lunch di Pasar Sim Sim. Pergh dia punya ikan bakar mmg best...murah plak tu. KL tak dapat punya. Selepas mengenyangkan perut gerak ke Semporna-Tawau.

Kami kembali ke Sandakan pada malam 12 Mei dan esoknya ke Pusat Pemulihan Orang Utan, Sepilok. Perjalanan yang terlalu lama dengan kaki yg sakit, membuatkan kami semua jalan macam Zombie.

Hari petang marilah pulang
Usahlah adik memendam perasaan
50 tahun sudah negaraku gemilang
Terima kasih pejuang dan bapa kemerdekaan
Wed 20-Jun-2007 09:01
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
ehehhehe... banyak pic bleh upload jln2 d'sabah... mau datang lagi ka?

pasar sim-sim mana org tak kenai ngan ikan2 bakar... aku punyee kegemaran.. ikan sebelah..ehhhhhhh...sedap.. lagipun ader kisah pasal ikan sebalah nie.. dgn kisah nabi.. nak tau? hehhehee... find sendiri..
Fri 22-Jun-2007 13:49
Posted by:tomjel zelpaso@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 18-May-2007 04:40 Email | Share | | Bookmark
Entri Puncak Kinabalu

 
 
 
View all 18 photos...
Stamina mmg tak ada...cuma semangat jer ada.
Itu jer boleh cakap. Ku org terakhir sampai...aku juga antara terakhir meninggalkan puncak Kinabalu pada pagi 10 Mei itu.
Kalau anda bertanya dimana aku campak snow cap ku...aku sendiri tak ingat. Ingat mmg tak mau letak gambar-gambar ini tapi ini saja gambar kenangan di atas sana. Pernafasan tak betul, oksigen kurang...air hidung meleleh-leleh. Pagi pendakian itu aku muntah sebanyak 4 kali. Kali ke 4 paling teruk. Ada harapan tak boleh pergi jauh. Namun kata orang rezeki, sampai di Sayat-Sayat jam 5 pagi seorang diri. Checkpoint benarkan aku pergi mungkin kerana cuaca baik. Pukul 6 pagi baru Primus muncul di belakang memberi semangat.
Diatas sana kawan-kawan lain dah turun....aku merayu-rayu Peter bawaku ke puncak bersama Ejad. Tak terpikir suruh mereka tinggalkan kain rentang. So tader gambar dengan kain rentang. Terkilan.
Terima kasih banyak-banyak pada guider Peter & Primus. Banyak bagi semangat. Peter paling senang layan aku berborak dan temankan sampai bawah. Kesemua gambar di atas ini diambil Peter Salungin. Tq so much Peter nanti kukirimi gambar2 kamu.
p/s: untuk gambar-gambar di Kundasang, Ranau, Sandakan, Semporna, Tawau, KK dan Pulau Manukan akan diupload pada entry yg lain.

Tahniah untuk team nabalu 07 tgk gambor kat sini membuatkan ku terkenang2 plak kenangan di sana.... Thu 24-May-2007 02:02
Posted by:putri EL
Wah! Dah sampai puncak kinabalu. Saya entah bila la agaknya Tue 12-Jun-2007 02:51
Posted by:Meorjay  - [Link]
aku tgk pic nie dah 2-3 kali.. tapi x drop comment pun.. segan ar.. almaklum lah.. aku pun blum sampai lagi puncak tue.. nama jea dok sabah.. iskh2.. x patut.. Tue 19-Jun-2007 17:07
Posted by:tomjel zelpaso@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 17-May-2007 09:46 Email | Share | | Bookmark
Entry Timpohon - Laban Rata

Pagi pendakian di Kinabalu Park
tag Kinabalu
posing pendakian ke Laban Rata
View all 14 photos...
Perjalanan pendakian kami bermula sekitar 8 pagi setelah beg ditimbang dan sampai di Timpohon Gate. Gang perempuan share barang untuk porter bawa. Haydir kata RM6.60 jer per k/m...dgn kondifen, sekali per k/g. Cesss..mana logik per k/m. Di Timpohon sempat beli sedikit souvenir dan tongkat. Kami ni tak ada warm up langsung terus jalan jer. Awal-awal pendakian rasa nak patah balik jer. Adusss nama jer ada tangga tapi seksa.


dah separuh pendakian...area2 bonsai....

Ada 9 check point dan setiap CP mengundang cabaran tersendiri. Gang pertama sampai sekitar jam 12.30, 12.50, dan 2 ptg. -Mereka selamat dari hujan- Aku dan Yana perit sket..kami sampai di Laban Rata sekitar 2.45 ptg dengan lencunnya. Ejad lagi perit sampai sekitar jam 4. Ada masalah dalaman sket.
Sampai jer di Laban Rata airmata mengalir. Tak taulah nak tafsir macamana. Lepas makan balik ke kabin a.k.a bilik dan cuba tidurkan diri. Arggghhhh sejuk yang amat2.


dah sampai Laban Rata, sejuk giler2.......tunggu Ejad..nak makan sekali



Care to comment?


Wednesday, 16-May-2007 06:57 Email | Share | | Bookmark
Entry Pre KK - Kundasang

Misi Kinabalu
loading barang di LCCT
Our Team
View all 13 photos...
Pada pagi 9 Mei kami berkumpul di ITI, kemudian breakfast dan gerak ke LCCT dalam pukul 9.30 pg. Check in agak lama....kami dan2 jer naik flight tu. First time aku naik Air Asia. Oklah..beli jugak milo panas...mahal pun mahallah. Landing dalam pukul 1.30 dan turun saja di Terminal 2, Rizal dari Miri sudah menunggu. Kami tunggu van ILP KK. Sampai di Inanam, minum petang dan berehat di Rumah Tamu. Petang kami ke Bukit Bendera dan makan malam di ??? bersama gang2 ILP KK. Malam susun beg untuk ke Kundasang dan meeting + buat belanjawan trip kali ni.


@ Kinabalu Park. Tunggu derang pergi register nama nak mendaki hari esok.

Pagi 10 Mei selepas bfast kami gerak ke Kundasang dengan van yg disewa. Buat registration untuk pendakian esok dan check in di Nabalu Lodge. Cantiknya Kundasang. Sejuklah.... Balik dari trip Sandakan-Tawau pun singgah kembali untuk menikmati udara segarnya dan Sayap Ayam.


Care to comment?


Wednesday, 16-May-2007 03:56 Email | Share | | Bookmark
Pesta Buku Antarabangsa 2007

my fav cartoonist - UJANG -
 
Ujang sign otograph kek den
View all 6 photos...
Bulan Mei adalah bulan paling aktif rasanya. Aku sudah jadi hiperaktif. Sumer aku pergi sumer aku join sumer aku ada.
Dalam nak ke Sabah masih sempat menjengok hari terakhir Pesta Buku di PWTC.
Paling best jumpa Ujang dan Ramlee Awang Murshid. Aku spend dalam RM 100 kali ni, sementelah nak pakai banyak duit nanti.

Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.